the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat individu ditahan disyaki kemuka tuntutan palsu Penjana 2.0

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu keana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja yang mempunyai butir palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Dokumen tuntutan itu melibatkan jumlah kira-kira RM250,000, dikemukakan kepada Perkeso di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana 2.0).

Menurut sumber (SPRM), keempat-empat suspek iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia 29 hingga 63 tahun itu dari dua syarikat berbeza, ditahan kira-kira jam 3 petang tadi di Kompleks SPRM Terengganu, ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan.

Sumber berkata dua suspek berjawatan pengurus dan seorang lagi merupakan pengerusi eksekutif syarikat yang menjalankan perkhidmatan sumber kemahiran, manakala seorang lagi suspek adalah pemilik syarikat komputer.

“Syarikat yang menjalankan perkhidmatan sumber kemahiran ini dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu kira-kira lebih RM170,000 pada tahun 2020 hingga 2021.

“Syarikat komputer itu pula mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM85,000 pada tahun 2021 hingga 2022,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut dan menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, keempat-empat suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu esok bagi tujuan permohonan reman. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings