the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jentera sawa tergelincir, hempap dua lelaki Bangladesh di tapak kuari

IPOH: Siasatan awal pihak polis mendapati jentera sawa tergelincir punca kemalangan hingga menyebabkan dua lelaki Bangladesh maut di sebuah tapak kuari di Simpang Pulai di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata jentera milik pihak kuari itu tergelincir lalu terbalik dan menghempap kedua-dua mangsa hingga menyebabkan mereka meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

“Pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta ambulans telah sampai di tempat kejadian dan mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia.

“Pihak JBPM dengan dibantu mesin pengorek pihak kuari telah berjaya membawa keluar mayat kedua-dua mangsa dalam keadaan tersepit di jentera sawa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa kedua ditemukan berada di kokpit dan dipercayai memandu jentera sawa tersebut manakala mangsa pertama ditemukan tersepit di bingkai kokpit.

Menurut Yahaya butiran mangsa pertama berusia 25 tahun dapat dikenal pasti kerana memiliki kad pekerja dan pasport namun identiti mangsa kedua tidak dapat dikenal pasti yang pihak kuari mendakwa mangsa kedua itu bukan pekerjanya.

Katanya siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan siasatan diteruskan untuk mengenal pasti punca kejadian dan identiti mangsa kedua,” katanya.

Pada kira-kira 8.17 malam tadi, JBPM menerima panggilan mengenai kejadian itu lalu menghantar pasukan untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap menggunakan peralatan khas dan bantuan jengkaut pihak kilang berkenaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings