the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Trump didakwa atas 34 pertuduhan palsukan rekod perniagaan

NEW YORK/WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump didakwa atas 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan, kata peguam daerah Manhattan pada petang Selasa, lapor Xinhua.

Trump dihadapkan di Mahkamah Jenayah Manhattan di New York City dan menjadi bekas presiden pertama AS yang didakwa dengan kesalahan jenayah.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah.

Peguam daerah Manhattan Alvin Bragg berkata: “Trump didakwa memalsukan rekod perniagaan New York untuk menyembunyikan maklumat yang merosakkan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang daripada pengundi Amerika sebelum dan selepas pilihan raya 2016.”

Semasa pilihan raya, Trump dan yang lain didakwa menggunakan skim “tangkap dan bunuh” untuk mengenal pasti, membeli dan menyembunyikan maklumat negatif tentangnya.

Trump kemudian cuba menyembunyikan tindakan itu, menyebabkan berpuluh-puluh entri palsu dalam rekod perniagaan menyembunyikan aktiviti jenayah termasuk percubaan untuk melanggar undang-undang pilihan raya negeri dan persekutuan.

Bekas presiden yang menerajui pentadbiran dari tahun 2017 hingga 2021 dan merupakan ahli Republikan telah menafikan dakwaan salah laku itu dan menyifatkan siasatan jenayah yang diketuai oleh Bragg, dari Demokrat adalah bermotifkan politik.

Peguam Trump, Todd Blanche, berkata anak guamnya “kecewa” dan “kesal.”

“Ia bukanlah hari yang baik dan tidak menjangka ini akan berlaku … kepada seseorang yang pernah menjadi presiden Amerika Syarikat,“ katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Jenayah Manhattan.

Trump kemudian kembali ke kediamannya di Mar-a-Lago di West Palm Beach, Florida dan beliau dijadual mengadakan sidang media pada malam Selasa berhubung dakwaan itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings