the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dr Zaliha: Kerajaan sentiasa hargai, sokong jururawat di negara ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa menghargai dan memberikan sokongan kepada jururawat yang berkorban masa dan tenaga demi menjaga kesihatan rakyat Malaysia, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Sempena Hari Jururawat Sedunia hari ini, Dr Zaliha juga berharap agar semua jururawat terus berusaha dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jururawat yang berkhidmat di Malaysia. Terima kasih atas kesabaran, ketabahan dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang perkhidmatan.

“Anda semua telah menunjukkan semangat kerjasama dan dedikasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab,“ katanya menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Dr Zaliha juga menyifatkan jururawat sebagai aset penting dalam sistem kesihatan negara kerana tugas dan tanggungjawab mereka amat penting dalam memastikan pesakit mendapat rawatan berkualiti dan profesional.

Menurutnya, jururawat juga menjadi penjaga kepada kesejahteraan pesakit di hospital, pusat kesihatan dan klinik-klinik di seluruh negara.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di Malaysia. Semoga hari ini menjadi peringatan kepada kita semua tentang betapa pentingnya peranan jururawat dalam menjaga kesihatan rakyat Malaysia,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings