the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bersatu sebulat suara sokong usul tolak peletakan jawatan presiden

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hari ini sebulat suara bersetuju mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) selaku presiden parti berkenaan.

Keputusan sebulat suara itu diputuskan susulan usul khas yang dikemukakan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), sebelum Muhyiddin menyampaikan ucapan dasar di perhimpunan itu.

Ahmad Faizal ketika mengemukakan usul itu berkata, perjuangan Bersatu demi bangsa dan kemakmuran kaum lain menerusi sayapnya Bersatu Bersekutu, menuntut supaya parti itu kekal teguh dan tidak berpecah belah.

“Tidak berbangkit isu dan keperluan untuk Tan Sri Presiden meletakkan jawatan,“ katanya ketika mengemukakan usul berkenaan.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam ucapan menyokong usul berkenaan berkata Bersatu berikrar untuk berdiri teguh dan akan terus berjuang untuk mempertahankan Muhyiddin.

Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapan dasarnya menzahirkan penghargaan kepada seluruh perwakilan dan ahli parti yang terus menyokong kepimpinannya selaku Presiden Bersatu dengan menolak tawaran beliau untuk meletak jawatan.

Menurutnya, beliau telah menawarkan untuk meletakkan jawatan pada mesyuarat MPT Bersatu semalam selain berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kedudukannya yang sedang berhadapan dengan beberapa pertuduhan di mahkamah.

“Sebagai mendukung prinsip dan motto perjuangan parti kita iaitu “Bersatu, Bermaruah dan Beramanah”, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas pertuduhan terhadap diri saya.

“Bagaimanapun, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah menolak tawaran saya untuk meletak jawatan,“ katanya.

Beliau berkata dengan keputusan perwakilan meluluskan usul menolak peletakan jawatan Presiden dan atas kehendak Perhimpunan Agung Tahunan, beliau akan meneruskan tugas sebagai Presiden parti.

Bekas Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perikatan Nasional itu berdepan enam pertuduhan melibatkan empat dakwaan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Riau Complex sets a new standard for employee living, supporting Asia Pacific Rayon’s workforce...

Asia Pacific Rayon highlights the Riau Complex as a model employee township, combining housing, education, healthcare and recreation within a self-sustaining community. The integrated development supports workforce wellbeing, talent retention and long-term industrial growth while fostering a strong multicultural environment.

RICOH brings AI beyond concept through real-world operational applications

The showcase comes amid a broader push towards industrial automation in Malaysia, particularly under the New Industrial Master Plan 2030, which aims to develop 3,000 smart factories through automation, AI, and other advanced technologies.

SIM GE prepares graduates for Singapore’s evolving workforce

In a labour market shaped by rapid industry transformation and evolving skills demands, the link between higher education and employment outcomes has become a key consideration for students and families evaluating their education pathways.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings