the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Loke: Jadikan tragedi MH370 bahan lawak tindakan biadap, tidak berperikemanusiaan

SHAH ALAM: Menteri Pengangkutan Anthony Loke menganggap tindakan komediri Jocelyn Chia yang menggunakan tragedi kehilangan pesawat Malaysia, MH370 sebagai satu bahan jenaka adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.

“Apa yang dinyatakan pelawak itu adalah satu kenyataan yang biadap, kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan kerana menggunakan tragedi itu sebagai bahan lawak. Tragedi itu membabitkan lebih 200 nyawa dan tiada manusia lain yang akan melakukan perkara sebegitu,” katanya.

Loke berkata susulan isu yang turut mendapat reaksi negatif oleh pelbagai pihak, beliau juga telah menghantar mesej kepada rakan sejawatannya dari Singapura S. Iswaran.

“Beliau juga menyatakan rasa terkejut dan saya lihat pihak Singapura telah mengambil langkah segera untuk memastikan perkara itu tidak dijadikan sebagai isu yang boleh dipolemikkan oleh mana-mana pihak yang boleh menjejaskan hubungan kedua-dua negara,” katanya kepada media di sini hari ini.

Loke berkata demikian susulan kontroversi jenaka memperlekehkan Malaysia yang dibuat oleh Chia termasuk mengenai tragedi Malaysia MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 dan membandingkan kemajuan antara Malaysia dan Singapura.

Malah katanya Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon juga dengan segera mengeluarkan kenyataan semalam menyatakan kekesalan dan permohonan maaf atas perkara tersebut serta mengkritik lawak yang dipersembahkan wanita itu.

Katanya walaupun Chia mengganggap itu sebagai jenaka, namun Loke berkata setiap jenaka perlu ada batasnya dan sepatutnya tidak menggunakan sesuatu tragedi untuk dijadikan bahan lawak.

“Perkara ini sepatutnya dijadikan sebagai pengajaran kepada semua pihak termasuk pelawak di negara kita dan kita mengalu-alukan komediri namun kita tidak boleh jadikan tragedi dan hubungan negara sebagai bahan jenaka,” katanya.

Terdahulu, Loke menyaksikan penganugerahan Sijil Pematuhan untuk Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) ISO 37001:2016 kepada Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan upacara menandatangani memorandum persefahaman antara LPK dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi pelepasan kapal dan kargo di pelabuhan, operator terminal dan pemain industri untuk bekerjasama membanteras rasuah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings