the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jemaah Menteri setuju tubuh jawatankuasa tangani isu doktor kontrak

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak yang menjadi topik hangat dalam negara ketika ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (gambar).

Katanya persetujuan bagi menubuhkan jawatankuasa yang akan menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, termasuk pembabitan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali itu dicapai oleh Jemaah Menteri semalam.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini susulan desas-desus kemungkinan mogok oleh doktor kontrak pada 3 hingga 5 April ini, dan kemunculan catatan instagram yang menggesa doktor kontrak seluruh negara tampil menyertai mogok berkenaan atau meletak jawatan secara beramai-ramai pada 1 April.

Dr Zaliha berkata Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai mogok itu, bagaimanapun berpandangan mogok bukan satu penyelesaian terbaik terhadap permasalahan berkaitan profesion perubatan atau mana-mana skim profesional yang lain.

“Sebaliknya perkara ini perlu ditimbang dengan teliti kerana perkhidmatan kesihatan merupakan perkhidmatan kritikal, melibatkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan itu.

Beliau berkata kerajaan dari semasa ke semasa telah memberi respons terhadap permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan oleh anggota kesihatan, antaranya mewujudkan perjawatan tetap, penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara time-based, peluang kenaikan ke gred khas dan mewujudkan gred UD56 untuk pakar perubatan dan sebagainya.

Katanya KKM sentiasa peka dengan permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan dan memastikan ia diteliti sesuai dengan isu semasa serta diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara.

“Justeru, mogok bukan penyelesaian terbaik dan selaku penjawat awam, sama ada berjawatan tetap atau kontrak, mereka adalah tertakluk kepada integriti penjawat awam dan Etika Perkhidmatan Awam,” kata Dr Zaliha. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings