the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Menteri Luar China Wang Yi tiba untuk Mesyuarat AMM ke-58 di Malaysia

SEPANG: Menteri Luar China Wang Yi tiba di Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan sidang berkaitan.

Pesawat membawa beliau mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 11 malam.

Wang Yi, yang juga anggota Biro Politik Parti Komunis China, akan menyertai beberapa mesyuarat penting termasuk Mesyuarat China-ASEAN, ASEAN Campur Tiga, dan Forum Serantau ASEAN (ARF).

Malaysia memegang tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ sebagai tuan rumah AMM kali kelima sejak 1977.

Sebanyak 24 mesyuarat peringkat menteri luar akan berlangsung, melibatkan Rakan Dialog ASEAN seperti Amerika Syarikat, Jepun, dan Kesatuan Eropah. Turut diadakan perbincangan tiga hala dengan Brazil, Norway, dan Turkiye. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings