the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mafia Korporat Malaysia: Polis buka dua kertas siasatan sejak tahun lepas

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka dua kertas siasatan sejak Mei lepas berhubung dakwaan kes salah laku dan penyelewengan kewangan seperti yang dilaporkan dalam artikel ‘Rahsia Mafia Korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long Peralat Penguatkuasa Terbongkar’.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan hari ini mengesahkan PDRM menerima laporan berhubung kes itu pada 25 Mei tahun lepas.

“Laporan itu menyatakan wujud salah laku dan penyelewengan kewangan melibatkan wang berjumlah RM30.7 juta dalam pengurusan syarikat Caely (M) Sdn Bhd (Anak Syarikat Milik Caely Holdings Berhad) dan susulan itu satu lagi laporan polis telah dibuat oleh polis pada 21 Sept tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah oleh ejen dan Seksyen 201 kanun sama iaitu kesalahan menyebabkan hilangnya keterangan mengenai suatu kesalahan yang dilakukan atau memberi maklumat palsu mengenai kesalahan itu bagi mengelakkan pesalah daripada hukuman.

Katanya kes telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 27 Feb lepas untuk arahan dan keputusan lanjut.

Beberapa hari lepas, sebuah portal tular menerusi media sosial menerbitkan artikel berhubung sekumpulan individu melakukan cubaan merampas syarikat senarai awam Caely Holdings dan sebuah syarikat lain.

Kemelut perebutan mengakibatkan kejatuhan harga saham malah ia mendakwa turut membabitkan agensi penguatkuasaan, penyiasatan, penahanan dan pembekuan akaun ahli lembaga pengarah syarikat itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings