the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ranhill SAJ: RM44 juta untuk atasi masalah bekalan air di Rengit

JOHOR BAHRU, 2 Jun (Bernama) — Syarikat pembekal air Johor, Ranhill SAJ Sdn Bhd merancang untuk mengatasi masalah bekalan air di kawasan Rengit, Batu Pahat dengan kos RM44 juta.

Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat Ranhill Utilities Berhad Mohd Zaffarollah Mohd Nordin berkata peruntukan itu bagi melaksanakan projek saluran paip dan tangki air Rengit, yang kini berada pada peringkat reka bentuk kejuruteraan terperinci (DED).

Beliau berkata projek itu melibatkan pemasangan paip baharu bersaiz 450 milimeter (mm) sepanjang 10 kilometer (km) dari Loji Rawatan Air (LRA) Parit Raja ke Parit Kadir, pemasangan paip baharu bersaiz 450mm sepanjang 11km dari Rengit ke tangki air baharu dan penambahan 4.5 juta liter di tangki Kampung Tengah.

“Rengit merupakan antara kawasan tumpuan ketika musim perayaan lepas, beberapa inisiatif segera telah dilakukan bagi menampung peningkatan mendadak ke atas bekalan air bersih di kawasan itu.

“Kita komited dalam mencari jalan penyelesaian jangka panjang yang tuntas bagi menangani masalah yang diutarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi baru-baru ini,“ katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Zaffarollah berkata antara inisiatif yang dilakukan di seluruh negeri ini termasuk Rengit pada musim perayaan lepas adalah inline injection menggunakan lori tangki swasta, menyediakan lori tangki dan menyediakan tangki statik.

“Kita juga dalam proses melaksanakan projek pengedaran dan pengepaman sebaris di Rengit dengan anggaran kos sebanyak RM4 juta, melibatkan pemasangan pam air baharu di Parit Kadir dan pemasangan paip baru Unplasticized Polyvinyl Chloride (UPVC) bersaiz 250 mm sepanjang tiga km di Jalan Rejo Sari.

“Selain itu, pemasangan paip baharu bersaiz 250 mm jenis UPVC sepanjang empat km di Jalan Rejo Sari dan projek ini telah pun siap 97 peratus,“ katanya sambil menambah inisiatif itu dijangka dapat menstabilkan bekalan air di kawasan Rengit.

Mohd Zaffarollah turut mengucapkan terima kasih kepada Mohd Puad yang juga Speaker DUN Johor kerana membangkitkan isu berkenaan dan bersedia menerima teguran serta kritikan membina, demi kesejahteraan penduduk negeri itu.

Sebelum ini, Mohd Puad menulis surat terbuka kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat air itu, Tan Sri Hamdan Mohamad menerusi hantaran di laman Facebooknya yang mahukan penyelesaian menyeluruh terhadap isu bekalan air di kawasan Rengit. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

VinEnergo partners with SunAsia Energy to develop solar-on-water projects integrated with aquaculture in the...

VinEnergo and SunAsia Energy will develop three Solar-on-Water projects totalling 422MWp in the Philippines, supplying clean electricity to around 278,000 households while integrating renewable energy generation with sustainable aquaculture.

Results of the IX Digital Asset Industry Classification System (“DAICS®”) 1H 2026 Review

IX Asia Indexes today announced the 1st Half 2026 Review of the IX Digital Asset Industry Classification System ("DAICS®"), aiming to provide professionals worldwide with a transparent and standardized classification scheme to determine sector and exposure of particular digital assets.

Klinik Tuah welcomes its 10,000th knee pain patient in under five years

Klinik Tuah has treated its 10,000th knee pain patient in under five years, marking a milestone in delivering accessible, non-surgical knee care while aiming to help 35,000 patients across Malaysia by 2030.

Security is the new market access: Kigen is leading the IoT security mandate

Kigen says cybersecurity is becoming a prerequisite for market access, highlighting how the EU Cyber Resilience Act and secure eSIM technology are reshaping IoT manufacturing through compliance, resilient connectivity, and long-term trust.

YF Life clinches Hong Kong Economic Journal’s “Outstanding Application of Diversified Investment Strategies” award...

YF Life has won the Hong Kong Economic Journal's "Outstanding Application of Diversified Investment Strategies" Award for the second consecutive year, recognising its "Invesurance" approach, diversified asset allocation strategy, and commitment to delivering sustainable long-term value and financial strength for clients.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings