the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja hilang disyaki lemas ketika memancing di Sungai Kuantan

KUANTAN: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan hilang dan disyaki lemas ketika memancing di Sungai Kuantan berhampiran Jalan Indera Mahkota 15/7, Bandar Indera Mahkota, petang semalam. Mangsa, Mohamad Isyraf Danish Razmi, dipercayai turun ke gigi air untuk menarik tali pancing yang tersekat sebelum hilang daripada pandangan tiga rakannya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 7.30 malam. Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah diaktifkan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah ditubuhkan di lokasi dan operasi SAR kini sedang giat dijalankan. Operasi ini melibatkan seorang pegawai dan 10 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan serta dua pegawai dan lapan anggota JBPM,“ jelas Mohd Adli dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menghampiri lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi SAR. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings