the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tok Mat kekal jawatan Ketua Umno Bahagian Rembau tanpa bertanding

SEREMBAN: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Rembau selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023/2026.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Mustafa Salim, berkata Mohamad mengekalkan jawatan tersebut yang disandangnya sejak 2003 selepas menjadi calon tunggal mengemukakan permohonan untuk jawatan itu apabila pencalonan ditutup kelmarin.

“Selain itu, Ketua Umno Bahagian Jelebu, yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ketua Umno Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa (Ahli Parlimen Tampin) turut menang tanpa bertanding untuk jawatan masing-masing.

“Ini kerana mereka sentiasa berada di lapangan, jadi tiada yang menandingi, lebih-lebih mereka berpengalaman banyak dalam politik,” katanya kepada Bernama, semalam.

Mustafa juga mengesahkan dirinya dan Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mazalan Maarop bersaing bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Seremban.

Beliau berkata Ahli Undangan Negeri (Adun) Palong, Mustapha Nagoor dan bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin ‘berentap’ bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Jempol iaitu sebelum ini disandang Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif yang digantung keahlian dalam Umno selama enam tahun.

Menurutnya, jawatan Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah pula ditandingi Adun Juasseh, Datuk Ismail Lasim dan Naib Ketua, Khairolnezam Shaari manakala Umno Bahagian Port Dickson menyaksikan perebutan antara ketuanya, Datuk Mohd Faizal Ramli dan Adun Bagan Pinang, Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar.

Mustafa berkata Ketua Umno Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi pula berdepan dua pesaing iaitu bekas Ketua Pemuda Umno negeri, Datuk Mohd Helmy Din dan Hanizam Abd Razak bagi bahagian itu.

Pemilihan Umno diadakan bermula pada 1 Feb lepas hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan Umno Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan ialah dari 1 hingga 26 Feb ini.

Selain itu, Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita Umno, Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri Umno Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Umno Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

SumiSaujana eyes regional growth as shareholders endorse strategy

The group remains cautiously optimistic on the oil and gas sector, buoyed by stable upstream activity across key Asian markets and steady demand for specialty chemical solutions, as shareholders approved all resolutions tabled at its second AGM.

VEC forges strategic partnerships with leading industry players to advance international exhibitions and events...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Vietnam Exposition Center (VEC) has signed strategic Memoranda of Understanding (MOUs) with leading partners in the exhibition, events, and trade promotion sectors, including Informa Markets, NC Network, Exporum, Vinexad, Chaoyu Expo, and the Vietnam Exhibition & Convention Association (VECA).

PEOPLElogy shareholders back board and strategy at second AGM

Fresh off a strategic partnership with Pulsifi, PEOPLElogy is sharpening its push toward an intelligence-led workforce model through GOAL by PEOPLElogy — delivering AI-powered talent intelligence, workforce analytics, and data-driven talent development to organisations rethinking how they plan and grow their people.

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings