the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Letupan di masjid Pakistan, angka korban meningkat 44

ISLAMABAD: Angka kematian akibat letupan bunuh diri yang memusnahkan sebuah masjid pada petang Isnin di Peshawar meningkat kepada 44 mangsa, lapor Xinhua.

Jurucakap Hospital Lady Reading, Muhammad Asim berkata angka kematian meningkat selepas beberapa orang meninggal dunia akibat cedera parah dan beberapa lagi mayat ditemukan dalam runtuhan itu.

Sekurang-kurangnya 157 mangsa masih menerima rawatan di hospital, manakala 15 daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Mangsa termasuk tiga pegawai polis, orang awam, seorang imam dan seorang wanita yang tinggal di sebuah rumah berhampiran masjid.

Pegawai polis ibu kota Peshawar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KP), Muhammad Ijaz Khan memberitahu Xinhua bahawa kira-kira 300 jemaah sedang bersolat di masjid itu ketika letupan berlaku.

Beliau berkata letupan kuat itu merosakkan sebahagian bangunan masjid, manakala ramai jemaah terperangkap dalam runtuhan.

Masjid berkenaan terletak di kawasan paling sensitif di Peshawar dengan sejumlah besar agensi penguatkuasaan undang-undang termasuk Frontier Corps, jabatan memerangi keganasan terletak, menurut laporan tempatan.

Sumber rasmi daripada polis Peshawar memberitahu Xinhua bahawa sasaran pengebom bunuh diri merupakan anggota polis, sambil menambah bahawa penyerang berjaya menyelinap ke kawasan itu sebelum bertindak meletupkan dirinya di dalam masjid.

Susulan kejadian itu, jabatan kesihatan wilayah mengisytiharkan darurat di daerah Peshawar.

Pasukan keselamatan bertindak mengepung kawasan itu dan melancarkan siasatan penuh berhubung insiden berkenaan.

Perdana Menteri Pakistan Shahbaz Sharif mengutuk sekeras-kerasnya letupan itu, sambil berkata seluruh negara bersatu menentang ancaman keganasan.

“Pengganas mahu menimbulkan ketakutan dengan menyasarkan mereka yang menjalankan tugas mempertahankan Pakistan,“ katanya, sambil menambah bahawa strategi komprehensif akan diguna pakai untuk menangani situasi yang semakin merosot.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas insiden itu setakat ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings