the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan Sarawak mahu pelabuhan Bintulu di bawah bidang kuasanya: Abang Johari

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan kerajaan Persekutuan untuk tidak meneruskan status Pelabuhan Bintulu, pelabuhan laut dalam yang terletak kira-kira 626 kilometer utara dari sini, sebagai sebuah pelabuhan persekutuan.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (gambar) berkata langkah berkenaan akan membolehkan pelabuhan itu diurus dan dimajukan lagi sebagai pelabuhan negeri sekali gus mengubahnya sebagai hab pengangkutan di rantau Asia Pasifik.

“Saya meminta para pemegang saham terutamanya Petroliam Nasional Bhd serta barisan lembaga pengarah dan pengurusan Bintulu Port Holdings Bhd untuk menyokong inisiatif pembangunan utama ini dan melaksanakan langkah-langkah perlu dalam lingkungan menjalankan kewajipan fidusiari mereka, ke arah merealisasikan objektif penting ini,” katanya.

Berucap pada Majlis Ulang Tahun ke-10 Pelabuhan Perindustrian Samalaju di Bintulu malam ini, beliau berkata Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), yang merangkumi sebahagian daripada kawasan pedalaman Pelabuhan Bintulu akan menikmati kemajuan ekonomi di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Abang Johari berkata Bintulu akan menjadi tempat tumpuan bagi industri penyerapan, penggunaan dan penyimpanan (CCUS) karbon baharu negeri serta penghasilan hidrogen dan biobahan api lain.

“Kerajaan negeri mahu Pelabuhan Bintulu untuk menjadi sebahagian daripada Bintulu yang rancak dari segi ekonomi supaya pemegang saham dan pihak berkepentingan akan menerima manfaat daripada pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran yang telah dirancang oleh negeri ini,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings