the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dilaksanakan bermula esok: Perkeso

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) mulai esok, sejajar dengan matlamat menyediakan dan membangunkan keselamatan sosial yang komprehensif serta inklusif di Malaysia.

Perkeso dalam kenyataan hari ini SKSSR menyediakan perlindungan kepada golongan suri rumah apabila berhadapan bencana pekerjaan dan keilatan sewaktu melakukan urusan rumah tangga, selain merupakan pengiktirafan kepada penglibatan mereka dalam ‘Care Economy’ serta pembangunan institusi keluarga.

Menurutnya pelaksanaan SKSSR yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) itu menjadikan Malaysia antara empat negara di dunia yang menyediakan perlindungan sosial khusus bagi golongan wanita dalam pelbagai bentuk skim dan faedah.

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed menerusi kenyataan itu berkata skop “suri rumah” di bawah akta itu adalah luas kerana ia terbuka kepada wanita sama ada berkahwin atau belum dan menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau tidak, merangkumi isteri, janda atau balu, ibu tunggal dan wanita bujang yang berkerjaya atau suri rumah sepenuh masa.

“Suri rumah yang layak hanya perlu membuat bayaran caruman RM120 setahun secara ‘in advance’ bagi menerima perlindungan selama 12 bulan berturut-turut, serta memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan menerima faedah,” katanya.

Beliau berkata untuk mendaftar dan mencarum di bawah SKSSR, suri rumah mestilah warga Malaysia atau pemastautin tetap yang berumur kurang daripada 55 tahun.

Katanya caruman itu adalah secara sukarela, namun pihak suami amat digalakkan untuk mencarum bagi pihak isteri masing-masing, malah pihak ketiga juga termasuk ahli keluarga dan badan bukan kerajaan (NGO) boleh membayar caruman untuk suri rumah.

Perkeso memaklumkan aktiviti pengurusan rumah tangga juga tidak terikat dengan rutin seharian dalam rumah, malah ia mencakupi hal-hal lain berkaitan urusan rumah tangga antaranya seperti menjaga anak-anak atau ibu dan bapa warga emas, menghantar dan mengambil anak dari sekolah serta membawa ibu bapa ke temu janji doktor.

Menurutnya SKSSR juga menyediakan Perlindungan Bencana Domestik dan Perlindungan Keilatan untuk suri rumah yang mencarum.

Manfaat di bawah Perlindungan Bencana Domestik adalah faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis, faedah pengurusan mayat dan pencen penakat, manakala perlindungan Keilatan pula menyediakan faedah seperti elaun keuzuran, elaun layanan sentiasa, kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis, faedah pengurusan mayat dan pencen penakat.

Permohonan untuk menyertai SKSSR dibuka esok, dan untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman sesawang rasmi Perkeso di www.perkeso.gov.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Perkeso 1-300-22-8000.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

RZOLV Technologies Completes NRC IRAP-Supported R&D Project for Non-Cyanide Gold Extraction Technology

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 22, 2026 - RZOLV Technologies Inc. (TSXV: RZL) (OTCQB: RZOLF) (FSE: S711) ("RZOLV" or the "Company") is pleased to announce that its wholly owned operating subsidiary, Innovation Mining Inc. ("Innovation Mining"), has completed its first research and development project supported by the National Research Council of Canada Industrial Research Assistance Program ("NRC IRAP").

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings