the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terbabit dadah, empat pegawai bomba Kelantan berdepan tindakan buang kerja

KOTA BHARU: Empat pegawai bomba di negeri ini bakal berdepan tindakan tegas termasuk dibuang kerja sekiranya didapati bersalah terhadap penyalahgunaan dadah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Zainal Madasin berkata dua pegawai sepenuh masa (PSM) dan dua pegawai bomba bantuan (PBB) itu dikesan menerusi proses pemutihan yang dijalankan di peringkat jabatan, baru-baru ini.

Beliau berkata terlibat dalam pengedaran dan penyalahgunaan dadah adalah sesuatu yang boleh menjatuhkan imej jabatan sekali gus perlu dikenakan tindakan tegas.

“Walaupun hanya segelintir yang terbabit, kita tidak mahu mereka ini menjadi virus di dalam jabatan sehingga mencemarkan pasukan bomba.

“Golongan seperti ini boleh menjejaskan keselamatan dari segi pekerjaan dan jalan terbaik adalah dengan mengambil tindakan buang kerja,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Jasamu Dikenang di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal berkata proses pemutihan dijalankan susulan kes penahanan seorang PSM oleh polis di Jeli pada 30 Okt lepas kerana disyaki terbabit menyeludup daun ketum dari Kedah yang turut menggunakan kenderaan milik jabatan yang diklon.

“Kita mahukan anggota yang lebih berdisiplin dan berintegriti. Sekiranya dibuang kerja kerana terbabit dengan dadah, ia pasti amat memalukan dan menjejaskan keluarga sendiri.

“Dalam soal ini, JBPM Kelantan akan terus bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan setiap anggota dan pegawai kita bersih daripada kegiatan seperti itu,“ katanya.

Sementara itu, Zainal berkata lebih 1,200 anggota PSM, PBB dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) sudah bersiap siaga bagi menghadapi gelombang kedua monsun timur laut di negeri itu.

Beliau berkata persediaan menghadapi banjir turut melibatkan 47 bot dan tujuh lori bagi kegunaan mengangkut dan memindahkan mangsa sekiranya berlaku banjir besar. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings