the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Komponen Sistem PIES disambar petir punca gangguan LRT Kelana Jaya

KUALA LUMPUR: Gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya berpunca daripada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang (PIES) yang aktif secara tiba-tiba disyaki disambar petir di Stesen LRT Kerinchi petang tadi.

Rapid Rail Sdn Bhd (RapidKL) selaku pengendali perkhidmatan dalam kenyataan hari ini menyebut susulan gangguan teknikal yang berlaku pada 5.46 petang itu, tren dari kedua-dua arah tidak dapat melalui kawasan berkenaan.

“Akibat daripada gangguan itu, semua tren yang melalui kawasan berkenaan terpaksa dipandu secara manual. Ini mengakibatkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan platform berlaku di beberapa stesen,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan kakitangan teknikal sedang berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih.

Perkhidmatan bas perantara percuma telah disediakan bagi membawa penumpang dari Stesen LRT Bangsar ke Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Pasar Seni.

Kakitangan operasi dan Polis Bantuan turut ditempatkan di platform bagi mengendalikan orang ramai.

Rapid Rail turut memohon maaf kepada pengguna yang mengalami kesulitan akibat gangguan itu.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings