the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran

PUTRAJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan di Tehran pada Jumaat, hingga menyebabkan seorang maut manakala beberapa kakitangan kedutaan cedera.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) yang dikeluarkan pada Sabtu, Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga serta kepada kerajaan dan rakyat Azerbaijan, menurut kenyataan itu.

Kedutaan Malaysia di Tehran terus memantau keadaan dengan teliti dan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi memperoleh maklumat mengenai situasi keselamatan terkini.

Misi diplomatik di Tehran boleh dihubungi melalui talian (+9821) 8807 2444 / (+9821) 8807 8606 atau e-mel: mwtehran@ kln.gov.my, menurut kenyataan itu.

Seorang penyerang bersenjata bertindak menyerbu kedutaan dengan menggunakan senjata automatik, lapor media antarabangsa memetik pegawai tempatan.

Ketua perkhidmatan keselamatan kedutaan disahkan terkorban manakala dua pengawal lagi cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi waktu tempatan di utara Tehran. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings