the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Jumlah mangsa di Sarawak, Sabah meningkat, Kelantan dan Terengganu menurun

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat, di Terengganu dan Kelantan menurun, manakala di Perak kekal, setakat petang ini.

Di Sarawak, setakat 3 petang ini, mangsa banjir di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 1,338 orang daripada 353 keluarga, berbanding 1,136 orang daripada 294 keluarga pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir bertambah di PPS Sekolah Kebangsaan Beradek, Dewan Kamarudin Kampung Segedup Lot, Masjid Kampung Seruyuk, Dewan Kampung Lintang Baru, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kalaka Roban dan Dewan Millennia Debak, manakala PPS Balai Raya Kampung Opar dan Balai Raya Kampung Jugan sudah ditutup.

Di Sabah penduduk yang dipindahkan ke PPS Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Belud terus meningkat petang ini kepada 123 orang daripada 43 keluarga, berbanding 78 mangsa daripada 23 keluarga pagi tadi dan menurut JPBN Sabah proses pemindahan mangsa di daerah itu masih diteruskan.

Sementara itu, jumlah penduduk di pesisir pantai terutama penghuni rumah atas air yang dipindahkan akibat fenomena air pasang besar terus meningkat kepada 706 orang daripada 162 keluarga petang ini, berbanding 573 mangsa daripada 137 keluarga pagi tadi.

Dalam pada itu, seramai 661 orang daripada 148 keluarga dipindahkan ke enam PPS di Pitas, manakala 45 daripada 14 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Kota Kinabalu.

Sementara itu di Kelantan, seramai 13,262 orang daripada 4,532 keluarga masih berlindung di 32 PPS di Jajahan Pasir Mas dan Tumpat petang ini, iaitu menurun berbanding 17,298 daripada 5,769 keluarga pagi tadi, menurut JPBN Kelantan.

Bagi Terengganu pula, mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS di negeri itu terus menunjukkan penurunan kepada 8,540 orang petang ini, berbanding 15,243 pagi tadi dengan semua PPS di daerah Kemaman telah ditutup.

Sekretariat JPBN Terengganu dalam kenyataan memaklumkan 63 PPS masih beroperasi di tujuh daerah yang menempatkan 2,437 keluarga melibatkan 1,433 orang di Kuala Terengganu, Besut (671), Dungun (1,183), Marang (76), Hulu Terengganu (2,425), Setiu (126) dan Kuala Nerus (2,626).

Sementara itu di Perak, jumlah mangsa banjir petang ini tidak berubah berbanding pagi tadi dengan 69 orang daripada 17 keluarga masih berada di dua PPS di daerah Hilir Perak dan daerah Bagan Datuk disebabkan banjir termenung masih melanda kawasan terlibat.

Sekretariat JPBN Perak memaklumkan penduduk terjejas ditempatkan PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abd Rahman Talib (SMART) bagi daerah Hilir Perak dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, Bagan Datuk. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings