the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Tiga jalan di Kota Tinggi ditutup untuk kenderaan ringan

KOTA TINGGI: Sebanyak tiga jalan di daerah Kota Tinggi telah ditutup untuk kenderaan ringan kerana dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.

Pegawai Daerah Kota Tinggi Datin Paduka Hazlina Jalil berkata ketiga-tiga jalan melibatkan Jalan Ladang Siang, Jalan Lok Heng-Sungai Mas dan Jalan Perani.

“Bagaimanapun, tiada jalan utama ditutup setakat ini dan hanya tiga laluan itu sahaja ditutup untuk kenderaan ringan.

“Sebenarnya banjir kali ini adalah kerana pertembungan hujan berterusan sejak malam tadi dan air pasang, jadi kita sentiasa memantau dan bersiap sedia,” katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Taman Desaru Utama di sini.

Seorang penduduk Md Johari Dol, 67, berkata banjir kali ini menyaksikan paras air meningkat mendadak susulan hujan lebat sejak malam tadi di daerah itu.

“Masuk ni sudah tiga kali kami terjejas banjir, tetapi kali ini paling teruk sebab air laju dan cepat naik sampai masuk ke dalam rumah, ada yang paras lutut dan peha, kalau di jalan luar pula paras pinggang.

“Mungkin antara punca banjir sebab ada taman perumahan baharu berdekatan sekali gus menyebabkan air terus mengalir dan berkumpul ke sini,” kata bapa kepada enam anak itu.

Zaleha Abdul Rahman, 36, yang tinggal di perumahan itu sejak sembilan tahun lepas pula berkata rata-rata penduduk sudah bersiap sedia dan menjangkakan banjir berlaku.

“Kita memang sentiasa bersedia sebab Jabatan Meteorologi Malaysia juga sudah mengeluarkan amaran hujan lebat dan mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan ke PPS,” kata suri rumah itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings