the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gelombang banjir: Kementerian Pertahanan diminta mobilisasi trak ATM esok ke Terengganu – TPM

CHUKAI: Kementerian Pertahanan diminta memobilisasikan trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa bekalan makanan dan keperluan asas ke Terengganu esok sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir di negeri berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu penting bagi memastikan bekalan makanan, barangan keperluan asas dan pengangkutan seperti bot adalah mencukupi.

“Kerajaan akan mengambil langkah-langkah kesiapsiagaan yang optimum di samping mengkoordinasi semua agensi dan badan kebajikan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan banjir di Kampung Bukit Mentok di sini hari ini.

Turut menyertai tinjauan timbalan perdana menteri adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Dr Ahmad Said, Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Ahmad Zahid berkata selain itu, koordinasi bersama Kementerian Kesihatan turut dilaksanakan bagi pemantauan penyakit semasa banjir dan pascabanjir.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat berkata setiausaha kerajaan negeri dan pegawai daerah di lapan daerah di Terengganu telah diminta supaya mengingatkan penduduk agar segera berpindah apabila diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Kelab Putra Malaysia di bawah Biro Kebajikan Umno juga telah menghantar tiga treler yang membawa bantuan makanan bernilai RM180,000 ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kemaman hari ini.

“Kita libatkan Biro Kebajikan Umno kerana kita faham tentang masalah kekurangan kakitangan agensi kerajaan terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat,” kata Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu hari ini memaklumkan jumlah mangsa banjir terus meningkat daripada 36,009 orang pada 12 tengah malam tadi kepada 36,231 orang pagi ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Government dismisses claims of selective prosecution, asserts commitment to rule of law

The government has stressed that there is no selective prosecution in high-profile corruption, criminal breach of trust and money laundering cases, insisting that all investigations and prosecutions are conducted based on evidence and the rule of law, regardless of an individual’s status or position.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings