the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PKR akan laksana rancangan 2023-2028 bina kekuatan di Kelantan, Terengganu

KOTA BHARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melaksanakan rancangan lima tahun (2023-2028) untuk membina kekuatan anggota dan jentera parti di Kelantan dan Terengganu, kata Timbalan Presidennya Rafizi Ramli.

Beliau berkata perancangan itu perlu dilaksanakan secara jelas dengan setiap pemimpin cabang dan anggota mempunyai tanggungjawab serta peranan masing-masing untuk mendekati masyarakat setempat.

“Mereka (pengundi) perlukan keyakinan untuk bersama PKR yang mana mereka akan melihat dari segi kehadiran, kualiti khidmat yang diberikan dan sebagainya.

“Oleh itu, kita ada masa tiga minggu untuk perhalusi dan berbincang dengan pimpinan tertinggi dan dijangka rancangan lima tahun ini dilancarkan pada akhir Februari depan,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Kelantan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan dan Terengganu Nik Nazmi Nik Ahmad serta Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan AMK Adam Adli Abd Halim.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berharap semua anggota PKR di Kelantan dan Terengganu mengambil peluang itu untuk bersama-sama memastikan parti terus diterima masyarakat.

Dalam perkembangan lain, Rafizi berkata koperasi PKR dijangka dilancarkan pada bulan depan namun bergantung kelulusan Suruhanjaya Koperasi dengan sasaran 20 hingga 30 peratus ahli menyertainya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Police hunt for man driving against traffic, hitting two vehicles on NSE

Acting Rembau district police chief DSP Azmi Ali said the incident occurred after the police ordered the 30-year-old driver to stop following a check that found the road tax and insurance for the Volkswagen Passat vehicle had expired.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings