the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar umum peruntukan RM1 bilion untuk naik taraf prasarana sempadan Sarawak, Sabah

KUCHING: Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan awal berjumlah RM1 bilion untuk memulakan kerja-kerja menaik taraf prasarana dan keupayaan kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sempadan Sarawak dan Sabah.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelulusan tersebut dibuat susulan perbincangan beliau dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo baru-baru ini berhubung perpindahan ibu kota negara itu ke Nusantara, Kalimantan, yang berkongsi sempadan dengan kedua-dua wilayah Malaysia itu.

“Kita telah putuskan untuk memberi peruntukan tambahan bagi penyediaan CIQS sempadan dari segi keselamatan dan meningkatkan keupayaan CIQS dan prasarana asas seperti jalan raya kerana kita tidak mahu dilihat seperti terlalu daif,” kata beliau.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di sini hari ini, beliau berkata perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan beberapa menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.

Dalam mesyuarat itu, Anwar berkata kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menaikkan pemberian khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sarawak kepada RM300 juta.

Perdana Menteri berkata jumlah itu adalah pembayaran peringkat awal sebelum satu formula khusus diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

Beliau berkata prinsip pemberian itu diputuskan oleh pemimpin terdahulu yang melihat kedudukan Sabah dan Sarawak semasa pembentukan Malaysia yang dilihat lebih mundur ketika itu.

“Sebelum ini, Sarawak hanya diberi RM16 juta… tentunya saya selaku Menteri Kewangan berpendapat ini satu jumlah yang tidak munasabah.

“(Tetapi) untuk beri terlalu tinggi pun tidak mampu kerana dalam 112D menyebut pembayaran itu tertakluk kepada keupayaan kewangan Kerajaan Persekutuan,” kata beliau.

Anwar turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Kewangan Sarawak Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkuat kuasa hari ini.

“Permohonan ini telah diminta (oleh kerajaan Sarawak) sudah lama dan saya berpendapat ini tiada masalah.

“Yang penting syaratnya (untuk lantikan ini ialah) mereka mesti profesional dan mempunyai pengalaman dan tentunya (Wan Lizozman) punyai kelayakan dan ini boleh membantu LHDN,” kata beliau.

Perdana Menteri turut mengumumkan pengecualian cukai bagi pemberian bonus kepada semua pegawai perkhidmatan awam di semua negeri.

“Sekarang ini bonus diberikan kerajaan negeri tertakluk kepada cukai, tetapi atas permintaan Abang Johari dan saya rasa ia munasabah, bonus akan dikecualikan dari cukai dan ini terpakai untuk semua pegawai perkhidmatan awam di semua negeri,” kata beliau. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings