the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis kesan pemandu Proton Wira langgar lari penghantar makanan

JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan pemandu kereta Proton Wira yang terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah dalam kenyataan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan membabitkan kereta itu dengan motosikal Honda Wave yang ditunggang seorang penghantar makanan pada kira-kira 8 malam.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal tersebut yang sedang berhenti di persimpangan jalan.

“Sejurus selepas kejadian, lelaki itu telah melarikan diri dan memandu secara berbahaya dengan melawan arus.

“Akibat kejadian tersebut, penghantar makanan itu cedera ringan di belakang badannya dan sehingga kini, pemandu kereta terbabit masih belum tampil membuat laporan polis, “ katanya.

Fariz Ammar berkata hasil siasatan mendapati kereta itu merupakan kenderaan curi yang telah dilaporkan hilang di kawasan Pelangi Indah di sini, Ahad lepas.

“Hasil maklumat orang awam, kita berjaya menjumpai kereta berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan Persiaran Scientex Utama, Senai, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan,“ katanya.

Insiden itu turut tular di media sosial menerusi video berdurasi 45 saat yang memaparkan sebuah kereta memasuki laluan bertentangan lalu melanggar penghantar makanan yang sedang berhenti di persimpangan jalan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings