the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Enam tonggak Madani perlu terjemah dalam dasar, bukan hanya bersifat populis: Amirudin

PUTRAJAYA: Enam tonggak konsep Madani yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diterjemahkan dalam dasar negara secara menyeluruh dan bukan hanya bersifat populis, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (gambar).

Beliau berkata enam tonggak dasar yang meliputi Kemampanan; Kesejahteraan; Daya cipta; Hormat; Keyakinan dan Ihsan perlu juga ditekankan dalam pembinaan modal insan yang berupaya menyelesaikan masalah rakyat sekali gus membentuk insan yang dijamin kemampanan.

“Pelaksanaan program populis hanya menyebabkan kebergantungan (rakyat) dan akhirnya ia akan timbulkan kekecewaan dalam tempoh dan jangka masa yang sangat pendek,” katanya ketika menjadi panel pada Wacana ‘Membangun Malaysia Madani’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Amirudin menyifatkan konsep Madani sebagai cara untuk merancakkan pembangunan fizikal ekonomi negara yang mewujudkan keadaan yang adil, makmur dan saksama yang dipacu dengan rancangan seperti di Selangor.

“Sebagai contoh Program Bitara Yayasan Selangor (Bitara) mengumpulkan pelajar pintar untuk dihantar ke 50 universiti terbaik dunia. Pada masa sama kita ada program tuisyen rakyat untuk membantu pelajar yang berpotensi gagal dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) untuk berjaya dalam peperiksaan awam itu.

“Itulah perkara yang saya gambarkan dalam kita membantu yang cemerlang dan berpotensi, pada masa sama tiada yang tertinggal dalam arus pembangunan dan kemajuan negara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman melahirkan keyakinan bahawa konsep Madani yang akan menjadi wawasan negara mampu menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan cemerlang.

Beliau berkata konsep Madani yang dilihamkan oleh Anwar bukan datang secara tiba-tiba sebaliknya berdasarkan pengalaman panjang beliau menjadi pemimpin dari peringkat universiti sehingga bergelar pemimpin nombor satu negara ketika ini.

Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia Prof Dr Haslinda Abdullah pula yang mengupas mengenai aspek ‘keyakinan’ dan ‘ihsan’, berkata dalam konteks membentuk kepercayaan, rakyat menuntut dasar yang adil dan dimanifestasi secara jelas di mana sistem itu juga harus bersifat holistik serta dirasai.

Beliau berkata bagi membina keyakinan kepada masyarakat, kepimpinan (dalam kerajaan) yang ada perlu sentiasa turun padang untuk merasai nadi masyarakat bagi menjelaskan konsep berkenaan.

“Dasar yang dirangka harus sensitif dengan masyarakat setempat dan alam sekitar di mana kita berada,” katanya.

Wacana yang diadakan sempena Majlis Amanat Perdana Menteri itu adalah bagi meneroka tonggak dasar Madani dalam usaha untuk memberi kefahaman yang lebih tuntas dalam kerangka pemikiran; falsafah; etika dan tindakan dalam membangun Malaysia Madani.

Pada majlis itu, Anwar turut melancarkan buku ‘Membangun Negara MADANI: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi’ dengan 215 halaman, terbitan IDE itu antaranya menghimpunkan pengalaman politik serta hasil pembacaan Presiden PKR itu selama empat dekad yang bermula dari zaman beliau bergelar mahasiswa hingga memimpin gerakan reformasi.

Agenda dasar kerangka Madani bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa negara tetapi turut menyentuh percorakan masa depan serta memenuhi potensi rakyat dan negara.

Madani disasarkan untuk dijadikan dasar bagi setiap teras yang akan diteroka bagi memperkukuh lapan keperluan iaitu ekonomi dan kewangan; perundangan; institusi; pendidikan; kemasyarakatan; budaya; bandar dan luar bandar. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HKSTP Leads Largest-Ever Hong Kong Delegation to BIO 2026 Showcasing Life and Health Tech...

HONG KONG SAR/SAN DIEGO, UNITED STATES - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP), in collaboration with InvestHK as co-organiser, the Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) as supporting organisation, and five renowned local universities - The University of Hong Kong, The Chinese University of Hong Kong, The Hong Kong University of Science and Technology, The Hong Kong Polytechnic University and City University of Hong Kong - to form the city's largest-ever delegation of life and health technology innovators to the BIO International Convention 2026 (BIO 2026) in San Diego, from June 22 to 25.

Vinpearl secures USD 255 million from international investors, affirming long-term growth prospects

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Vinpearl Joint Stock Company announced the successful closing of a USD 255 million strategic investment from SeaTown Private Credit Fund III, a private credit fund managed by SeaTown Holdings International (SeaTown), and Oman Investment Authority (OIA), Vietnam Oman Investment (VOI).

SumiSaujana eyes regional growth as shareholders endorse strategy

The group remains cautiously optimistic on the oil and gas sector, buoyed by stable upstream activity across key Asian markets and steady demand for specialty chemical solutions, as shareholders approved all resolutions tabled at its second AGM.

VEC forges strategic partnerships with leading industry players to advance international exhibitions and events...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Vietnam Exposition Center (VEC) has signed strategic Memoranda of Understanding (MOUs) with leading partners in the exhibition, events, and trade promotion sectors, including Informa Markets, NC Network, Exporum, Vinexad, Chaoyu Expo, and the Vietnam Exhibition & Convention Association (VECA).

PEOPLElogy shareholders back board and strategy at second AGM

Fresh off a strategic partnership with Pulsifi, PEOPLElogy is sharpening its push toward an intelligence-led workforce model through GOAL by PEOPLElogy — delivering AI-powered talent intelligence, workforce analytics, and data-driven talent development to organisations rethinking how they plan and grow their people.

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings