the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 6, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laporan penuh tragedi tanah runtuh Batang Kali dijangka siap hujung Januari

PUTRAJAYA: Laporan penuh tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor pada Disember lepas dijangka siap hujung bulan ini, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata beberapa isu telah dibangkitkan berhubung insiden tersebut selepas laporan awal dibentangkan di Kabinet awal bulan ini, selain perlu memasukkan laporan pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan polis.

“Laporan penuh insiden berkenaan akan dibentangkan ke Kabinet,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan tahun baharu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) di Wisma Sumber Asli sini hari ini.

Seramai 31 orang terkorban manakala 61 lagi terselamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang terlibat dalam kejadian pada 16 Dis lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings