the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPKT gesa PBT proaktif selenggara perparitan kurangkan risiko banjir kilat

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melipatgandakan usaha menyelenggara sistem perparitan bagi mengurangkan risiko banjir kilat semasa monsun timur laut (MTL) melanda negara.

KPKT dalam kenyataan hari ini meminta PBT untuk mengenal pasti kawasan parit, longkang, pembetung dan kolam takungan yang berisiko menyebabkan kejadian banjir serta melaksanakan kerja-kerja pembersihan di lokasi berkenaan bagi melancarkan aliran air.

“PBT juga disyorkan untuk memperbaiki sistem perparitan, longkang dan pembetung yang rosak atau menaik taraf parit yang berisipadu rendah.

“Pihak PBT telah diminta supaya mempergiat pelaksanaan tindakan proaktif untuk mengurangkan risiko banjir kilat semasa MTL,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (gambar) meminta PBT untuk memantau dan memastikan pemaju projek pembangunan supaya sentiasa menyelenggara parit, longkang, sistem pembetungan dan kolam takungan serta menjaga kebersihan kawasan pembangunan.

Nga juga menggesa PBT memastikan anggota, fasiliti, peralatan dan jentera mereka sentiasa siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

“Demi kesejahteraan rakyat, tindakan proaktif ini dapat mengurangkan risiko banjir dengan lebih berkesan,” katanya.

Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia, luruan kedua MTL yang dijangka berlaku hingga Rabu ini akan memberi impak di kawasan berisiko tinggi termasuk banjir kilat di bandar-bandar.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings