the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPR gantung pengundian di 11 pusat mengundi Parlimen Baram atas faktor cuaca

KUALA LUMPUR: Proses pengundian di 11 pusat mengundi dalam Parlimen Baram, Sarawak bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) digantung ekoran keadaan cuaca yang tidak baik, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata keadaan cuaca itu turut menghalang petugas untuk sampai ke tempat bertugas sama ada menerusi laluan udara, darat atau air.

Pusat mengundi dan tempat mengundi (saluran) terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Long Naah bagi Saluran 1 dan 2; Sekolah Kebangsaan Long Luteng bagi Saluran 2; RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg Lepo Gah (Saluran 1 dan 2) dan Sekolah Kebangsaan Long Sait (Saluran 2); Sekolah Kebangsaan Long Tungan (Saluran 1 dan 2).

Sekolah Kebangsaan Long Moh (Saluran 1 dan 2); Sekolah Kebangsaan Long Mekabar (Saluran 1); Sekolah Kebangsaan Long Jekitan (Saluran 1 dan 2); Sekolah Kebangsaan Long (Saluran 2); Sekolah Kebangsaan Lio Mato (Saluran 1 dan 2) serta Sekolah Kebangsaan Long Banga (Saluran 1 dan 2).

“Tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian,” katanya.

SPR menetapkan hari ini sebagai hari pengundian bagi PRU15.

Semalam media melaporkan SPR akan membuat keputusan sama ada pengundian di Parlimen Baram diteruskan hari ini atau ditangguhkan selepas cuaca buruk menghalang petugas Pilihan Raya untuk ke 24 daripada 194 pusat mengundi di kawasan Parlimen itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings