the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di beberapa negeri

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan Pulai Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah setakat 4 petang ini.

JPS dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan maklumat ramalan hujan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri berkenaan sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.

Di Perak melibatkan Hilir Perak, Kerian, Larut, Matang dan Selama, manakala Melaka di Melaka Tengah; Pulau Pinang (Barat Daya, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Timur Laut), sementara Selangor pula di Klang dan Petaling.

Di Johor melibatkan Batu Pahat dan Pontian, manakala Negeri Sembilan di Port Dickson; Terengganu (Besut), Sarawak (Limbang, Bintulu dan Kuching) serta Sabah (Beaufort).

Menurut JPS notis itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.

Sementara itu, MetMalaysia dalam kenyataan hari ini meramalkan penumpuan angin di kawasan pantai Kelantan dan Terengganu pada esok, yang berpotensi berlakunya ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Penumpuan angin dijangka turut berlaku di Selat Melaka selama empat hari bermula Isnin ini yang berpotensi menyebabkan pembentukan garis badai.

“Pembentukan garis badai ini akan membawa bersama ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri pantai barat Semenanjung terutamanya pada sebelah pagi,’’ menurut kenyataan itu.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan di semua laman media sosial agensi itu, serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Vinpearl secures USD 255 million from international investors, affirming long-term growth prospects

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Vinpearl Joint Stock Company announced the successful closing of a USD 255 million strategic investment from SeaTown Private Credit Fund III, a private credit fund managed by SeaTown Holdings International (SeaTown), and Oman Investment Authority (OIA), Vietnam Oman Investment (VOI).

SumiSaujana eyes regional growth as shareholders endorse strategy

The group remains cautiously optimistic on the oil and gas sector, buoyed by stable upstream activity across key Asian markets and steady demand for specialty chemical solutions, as shareholders approved all resolutions tabled at its second AGM.

VEC forges strategic partnerships with leading industry players to advance international exhibitions and events...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Vietnam Exposition Center (VEC) has signed strategic Memoranda of Understanding (MOUs) with leading partners in the exhibition, events, and trade promotion sectors, including Informa Markets, NC Network, Exporum, Vinexad, Chaoyu Expo, and the Vietnam Exhibition & Convention Association (VECA).

PEOPLElogy shareholders back board and strategy at second AGM

Fresh off a strategic partnership with Pulsifi, PEOPLElogy is sharpening its push toward an intelligence-led workforce model through GOAL by PEOPLElogy — delivering AI-powered talent intelligence, workforce analytics, and data-driven talent development to organisations rethinking how they plan and grow their people.

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings