the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
33.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sukarelawan M'sia di S’pura bawa balik kira-kira 9,000 undi pos untuk PRU15

SINGAPURA: Sukarelawan Malaysia di bawah naungan 1thirdmedia Movement berjaya membawa balik kira-kira 9,000 undi pos dari Singapura awal pagi ini untuk Pilihan Raya Umum ke-15.

Mereka berganding bahu mengumpul undi pos daripada pengundi Malaysia yang bekerja dan menetap di republik itu sepanjang kempen yang berlangsung selama tujuh hari.

1thirdmedia Movement ialah gerakan yang bekerjasama dengan UNDI18, sebuah gerakan belia Malaysia yang berusaha membawa balik undi pos dari republik itu.

Mereka juga menjayakan usaha yang sama semasa Pilihan Raya Negeri Johor ke-15.

“Perasaan kami sangat lega kerana dapat membawa pulang amanah ini sebelum hari pengundian. Kami berharap undian ini sempat diedarkan ke pusat pengundian di seluruh negara,” kata sukarelawan Farrah Diyana Mohamad Ali kepada Bernama.

Farrah Diyana berkata gerakan itu sanggup dan bersedia untuk membawa pulang undian pos untuk pilihan raya akan datang jika diamanahkan lagi walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

Kotak-kotak itu selamat tiba sekitar 2 pagi di pusat penyisihan di Kuala Lumpur selepas tamat masa pengumpulan pada 2 petang Khamis di Singapura.

“Gembira.. terharu.. kerana dapat membawa pulang sampul undian ini.

“Ia satu kejayaan buat pasukan kami selepas bertungkus-lumus selama seminggu usaha mengumpul dijalankan,“ kata seorang lagi sukarelawan, Calvin Ong.

“Ia sangat memenatkan tetapi ia satu misi yang berbaloi demi negara,” kata Ong, 35, yang berasal dari Taiping.

Selepas semua kesusahan, Ong meninggalkan mesej ringkas kepada 21 lebih juta pengundi Malaysia: “keluarlah mengundi”.

Menurut Twitter Undi18, terdapat sejuta pengundi Malaysia di luar negara. Ia turut berkongsi beberapa gambar semasa menerima undi dari seluruh dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan undi dari China dan Jerman paling awal tiba.

Selain 1thirdmedia Movement, Vote Malaysia dan Global Malaysian Network turut terlibat dalam pengumpulan undi dariada rakyat Malaysia dari seluruh dunia.

Kesemua sampul surat undi akan dibawa ke pusat penyisihan di Kuala Lumpur untuk proses pengasingan bagi 222 kawasan Parlimen dan 117 Dewan Undangan Negeri (DUN), dan kemudiannya dihantar ke negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Tarikh akhir kertas undi pos diterima oleh pegawai pengurus Bahagian Pilihan Raya ialah sebelum 5 petang pada hari mengundi.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aurora Mobile’s EngageLab Showcases AI-First Omnichannel Customer Engagement Solutions at The MarTech Summit Hong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 8 July 2026 - Aurora Mobile Limited (NASDAQ: JG) ("Aurora Mobile" or the "Company"), a leading provider of customer engagement and marketing technology services, today announced that its AI-first customer engagement platform, EngageLab, successfully participated in The MarTech Summit Hong Kong on July 7, 2026.

Singaporeans don’t cancel brands – they silently leave them, Ogilvy’s inaugural 2026 APAC Believability...

Ogilvy released its first 2026 APACBelievability Index: The Power of Proof, a comprehensive study examining how consumers across Asia-Pacific (APAC) determine what and who they believe in an increasingly complex information environment shaped by AI-generated content, misinformation, fragmented media and declining confidence in corporate claims.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings