the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tanah Runtuh: dua lagi mangsa ditemukan, angka korban meningkat 23 orang

BATANG KALI: Dua lagi mayat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm berjaya dijumpai, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa maut setakat ini seramai 23 orang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata mayat yang ditemukan dalam keadaan sempurna itu adalah seorang wanita lingkungan 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia antara dua hingga tiga tahun.

“Kedua-dua mayat telah ditemukan oleh pasukan penyelamat pada 1.05 tengah hari di kawasan Hillview (sektor A).

“Setakat ini pasukan penyelamat masih berada di lokasi untuk cari 10 mangsa lain,“ katanya pada sidang media di lokasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi itu, di sini, hari ini.

Suffian berkata kedua-dua mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak polis akan memanggil pengusaha tapak perkhemahan tersebut hari ini untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis dalam sidang media sama memberitahu kedua-dua mayat itu ditemukan berhampiran antara satu sama lain pada kedalaman tiga kaki.

“Kami syaki mereka ini ibu dan anak berdasarkan maklumat yang kita dapat. Kedua-dua mangsa ditemui di lereng bawah kawasan Hillview berhampiran dengan kolam air,“ katanya.

Bagi mempercepatkan usaha mencari mangsa, Norazam berkata pihaknya memerlukan penambahan jengkaut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings