the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat maut akibat tanah runtuh, banjir di dua wilayah Indonesia

JAKARTA: Seorang maut manakala seorang lagi masih hilang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan pada Rabu.

Dua kenderaan jenis van dan pikap yang dinaiki mangsa diseret hingga ke bahu jalan menghubungkan Parangloe dan Tinggimoncong ketika hujan lebat serta kondisi tanah yang tidak stabil.

Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia Abdul Muhari berkata agensi pengurusan bencana daerah dikerah ke lokasi untuk menyelamat mangsa dan mengalihkan tanah runtuh.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik meramalkan kawasan itu masih berpotensi mengalami hujan hingga Sabtu ini, katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Abdul Muhari berkata tiga kematian direkodkan susulan banjir yang menjejaskan 836 keluarga di Tapanuli Tengah, wilayah Sumatra Utara, Jumaat lepas.

Penduduk telah kembali beraktiviti seperti biasa namun diingatkan berwaspada memandangkan kawasan itu berpotensi mengalami hujan ringan hingga lebat hari ini, katanya.

Di wilayah yang sama, banjir besar merendam empat kawasan di Batu Bara pada Selasa akibat hujan berintensiti tinggi sehingga air Sungai Dalu-dalu dan Sungai Bahboloh melimpah.

Banjir yang menjejaskan 645 keluarga turut merosakkan sebuah empangan namun telah diperbaiki untuk sementara menggunakan guni berisi tanah dan pasir, kata Abdul Muhari.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings