the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rais cadang Dewan Rakyat, Dewan Negara bentuk jawatankuasa bersama tangani isu rakyat

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim (gambar) mencadangkan supaya Dewan Negara dan Dewan Rakyat membentuk jawatankuasa bersama dalam membantu serta menangani isu berkaitan rakyat.

Beliau dalam kenyataan berkata ia termasuk menerusi pembentukan Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat dan Jawatankuasa Antirasuah.

“Pembentukan kerjasama seumpama ini diharapkan dapat menjadikan Parlimen sebagai sebuah institusi sandaran dan harapan untuk rakyat menyuarakan permasalahan dihadapi yang memerlukan perhatian pemimpin negara,” katanya.

Rais sebelum itu menerima kunjungan hormat dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ramli Mohd Nor dan Alice Lau Kiong Yieng di Parlimen hari ini.

Pada pertemuan itu, Rais turut menerangkan mengenai kedudukan transformasi Parlimen yang sedang dilaksanakan dengan Parlimen dalam proses melakukan beberapa pindaan terhadap akta seperti Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

“Pada waktu yang sama Parlimen turut berhasrat mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963. Penggubalan Kod Etika Ahli Parlimen juga dilihat mampu melancarkan perjalanan sidang dewan,” katanya.

Menurutnya penglibatan kedua-dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu amat diperlukan dalam merealisasikan hasrat tersebut. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bracell welcomes Fernando Branco’s appointment to lead ABAF and reinforces commitment to sustainable forestry...

Bracell has welcomed Fernando Branco's appointment as ABAF president, reaffirming its commitment to sustainable forestry, responsible governance and environmental stewardship while supporting collaboration, biodiversity conservation and long-term development of Bahia's forestry sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings