the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
20.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rakyat diharap terus beri sokongan kepada industri filem tempatan: Fahmi

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diharap akan terus memberi sokongan kepada industri filem tempatan termasuk filem animasi seperti Mechamato Movie, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Mechamato Movie merupakan antara filem animasi yang mampu mencuit setiap hati penonton.

“Mechamato juga boleh dilihat segenap lapisan masyarakat dan kreativiti watak serta jalan cerita yang menarik,” kata Fahmi menerusi catatan di Facebook beliau hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta) Nizam Abd Razak atas kejayaan mengeluarkan filem animasi yang terbaik untuk industri tempatan.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata hari ini beliau menghadiri tayangan amal Mechamato Movie bersama warga Lembah Pantai di kompleks beli-belah Mid Valley.

Disember lepas, Bernama melaporkan Mechamato Movie, filem animasi 3D keluaran tempatan telah berjaya meraih kutipan RM1.1 juta pada hari pertama tayangannya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings