the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Majoriti perwakilan Umno sokong jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan

KUALA LUMPUR: Majoriti perwakilan Umno yang hadir pada Perhimpunan Agung Umno 2022 di sini, menyatakan sokongan terhadap usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata menerusi undian yang dijalankan pada 4.52 petang tadi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, mendapati majoriti perwakilan bangun dan mengangkat tangan menyokong usul tersebut.

“Majoriti perwakilan Umno bangun dan angkat tangan sokong Usul Ucapan Dasar Presiden dengan satu tambahan iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan.

“Yang tidak sokong pun diminta berdiri dan angkat tangan, tapi bilangan sangat sedikit,” katanya dalam hantaran di Twitter hari ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Isham Jalil menerusi hantaran di Facebook mengesahkan usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan dan tidak dicabar pada pemilihan tahun ini, diterima dan disokong hampir semua perwakilan selain semua usul yang dibawa oleh perwakilan.

Usul tambahan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan Umno akan datang dicadangkan perwakilan dari Negeri Sembilan Mohd Shukri Samsudin, semalam.

Pemilihan Umno perlu dilaksanakan sebelum 19 Mei tahun ini iaitu enam bulan selepas tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Government dismisses claims of selective prosecution, asserts commitment to rule of law

The government has stressed that there is no selective prosecution in high-profile corruption, criminal breach of trust and money laundering cases, insisting that all investigations and prosecutions are conducted based on evidence and the rule of law, regardless of an individual’s status or position.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings