the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia, Kanada bincang potensi kerjasama baharu pelbagai lapangan: PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dan rakan sejawatnya dari Kanada Justin Trudeau hari ini membincangkan potensi kerjasama baharu antara Malaysia dan Kanada dalam pelbagai lapangan termasuk sektor pendidikan, tenaga boleh diperbaharui dan hubungan sesama insan.

Perkara tersebut dibincangkan ketika Perdana Menteri Kanada itu membuat panggilan telefon untuk mengucapkan tahniah kepada Anwar atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Anwar memuat naik video panggilan telefon berdurasi 4.09 minit itu di laman Facebook miliknya dengan catatan : “Kami turut perbaharui komitmen untuk meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Kanada ke tingkat yang lebih tinggi.”

Malaysia dan Kanada menyaksikan peningkatan dalam hubungan kerjasama dua hala sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957, dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM10.58 bilion pada 2021.

Nilai pelaburan Kanada dalam sektor pembuatan Malaysia dalam tempoh 40 tahun kebelakangan pula adalah RM789 juta.

Trudeau dalam penggilan telefon itu menzahirkan minat untuk meningkatkan hubungan dua hala dan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia di atas sokongan yang diberikan kepada Kanada di rantau ini.

“Rakyat kita sama-sama menghadapi cabaran isu domestik yang berkisar tentang inflasi, harga makanan dan bahan api semua perkara yang dialami di seluruh dunia tetapi bekerjasama dengan rakan untuk menggiatkan lagi perdagangan dan mencipta peluang memang selalunya baik untuk rakyat,” kata beliau lagi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings