the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengasas Public Bank meninggal dunia pada usia 92 tahun

KUALA LUMPUR: Pengasas Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia pada pukul 10.20 pagi hari ini. Mendiang berusia 92 tahun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Public Bank Bhd berkata Teh mengasaskan bank itu pada 1965 ketika berusia 35 tahun. Beliau dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengarah urusan bank itu sejak memulakan operasi perniagaan pada 6 Ogos, 1966.

Teh melepaskan jawatan CEO dan dilantik semula sebagai pengerusi bukan eksekutif pada 1 Julai, 2002. Beliau bersara sebagai pengerusi bukan eksekutif pada 31 Dis, 2018, katanya.

“Beliau dianugerahkan gelaran Pengerusi Emeritus dan Penasihat Public Bank pada 1 Jan, 2019 dan kekal sebagai pengarah bukan eksekutif dalam lembaga pengarah bank itu,” tambahnya.

Mendiang mendedikasikan hidupnya untuk membangunkan Public Bank sebagai kumpulan perbankan yang kukuh di Malaysia bagi menyokong industri perbankan dan kewangan, kata kenyataan itu.

“Mendiang telah membina asas yang kuat dan memupuk budaya korporat yang kukuh dengan model perniagaan yang berdaya tahan untuk Public Bank Group meneruskan laluan pertumbuhan yang kukuh dalam mengharungi cabaran sepanjang tahun.

“Setelah melepaskan jawatan CEO pada 2002, Teh dengan pandangan jauhnya yang berwawasan, telah menyediakan pelan penggantian pengurusan yang jelas dan membentuk pasukan pengurusan yang mantap yang terus memacu dan mengurus pertumbuhan Public Bank Group,“ katanya.

Sementara itu, LPI Capital Bhd (LPI) dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Teh yang dilantik sebagai pengerusi syarikat itu pada 27 Sept, 1971, mempunyai kepimpinan dan visi tersendiri yang membolehkan LPI Group diiktiraf sebagai kumpulan insurans terulung di rantau ini.

“Galakan dan bimbingan yang cemerlang daripada beliau telah memacu kejayaan LPI Group.

“Mendiang bersara daripada lembaga pengarah Lonpac yang merupakan anak syarikat milik penuh LPI pada 8 Jan, 2019 dan kekal sebagai Pengerusi LPI,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings