the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki mabuk ditahan bantu siasatan bakar khemah MIC di Batu Pahat

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian khianat membakar khemah di tepi bilik gerakan MIC di Taman Mutiara, Batu Pahat, malam tadi.

Jurucakap Media Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Supt Ibrahim Mat Som berkata lelaki berumur 28 tahun itu ditahan di lokasi sama dan disyaki berada dalam keadaan mabuk ketika tangkapan dibuat.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.37 malam dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda jika disabit kesalahan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim turut menasihati orang ramai agar bersikap secara rasional dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings