the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

140 Ketua Bahagian Umno sokong jawatan presiden, timbalan presiden tidak dipertandingkan

KUALA LUMPUR: Seramai 140 Ketua Bahagian Umno seluruh negara hari ini menyatakan solidariti agar jawatan presiden yang kini disandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) tidak dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung Umno yang dijangka Mei nanti.

Mewakili kumpulan itu, Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata ketua-ketua bahagian itu turut bersepakat jawatan timbalan presiden juga tidak dipertandingkan.

Beliau berkata tumpuan Umno ketika ini perlu terarah kepada memperkukuh parti daripada pelbagai peringkat untuk berdepan enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun ini.

“Seramai 126 Ketua Umno Bahagian hadir malam semalam meskipun ada lagi 14 tidak hadir kerana menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2022 (malam semalam), tetapi semua sepakat jawatan-jawatan (presiden dan timbalan presiden) tidak dipertandingkan.

“Untuk berdepan enam lagi PRN tahun ini, kita perlu parti Umno yang kuat, justeru kami berharap presiden (Ahmad Zahid) mengambil kira pandangan ini dan tiada jawatan tertinggi dipertandingkan,” katanya pada sidang media di sini, malam semalam.

Terdahulu, pertemuan 126 ketua-ketua bahagian itu diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, ketika perhimpunan sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam semalam.

Perhimpunan Agung Umno 2022 yang berlangsung hari ini hingga Sabtu, dimulakan dengan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan malam semalam. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Government dismisses claims of selective prosecution, asserts commitment to rule of law

The government has stressed that there is no selective prosecution in high-profile corruption, criminal breach of trust and money laundering cases, insisting that all investigations and prosecutions are conducted based on evidence and the rule of law, regardless of an individual’s status or position.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings