the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis terima tiga laporan berhubung himpunan solidariti ‘Justice for Zara’ di Tawau

TAWAU: Polis menerima tiga laporan berkaitan Himpunan Solidariti Justice for Zara di Dataran Majlis Perbandaran Tawau di sini pada hari Ahad (Ogos 31).

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata kesemua laporan itu diterima hari ini berhubung seorang individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah.

“Kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan telah dibuka. Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi di sini hari Isnin (September 1).

Beliau berkata berikutan itu polis sedang mengesan seorang wanita dan beberapa saksi lain bagi membantu siasatan.

“Siasatan akan dijalankan secara telus dan mengikut prosedur biasa, kita mahu ambil keterangan,” katanya.

Hari ini tular di media sosial klip video ucapan dan laungan berunsur hasutan dipercayai berlaku pada perhimpunan berkenaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Asean may consider adjustments to Myanmar peace framework: Foreign Minister

Asean may consider adjustments to the Five-Point Consensus (5PC) if necessary in order to break the long-standing deadlock in Myanmar, Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan told the Dewan Rakyat.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings