the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: Warga polis kontinjen Terengganu rugi hampir RM1 juta

JERTIH: Seramai 154 pegawai, anggota serta kakitangan awam Polis Kontinjen Terengganu terjejas akibat banjir Disember lepas membabitkan kerugian keseluruhan mencecah RM1 juta, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa.

Beliau berkata daripada jumlah itu anggota dan kakitangan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut mencatatkan bilangan tertinggi iaitu seramai 93 orang.

“Ia membabitkan mereka yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan kediaman dinaiki air,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan peralatan sekolah kepada 200 pelajar terjejas akibat banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat di sini, hari ini.

Bantuan tersebut membabitkan murid-murid dari SK Pusat, SK Lubuk Kawah dan SK Alor Keladi di daerah Besut.

Beliau berkata selain menyerahkan sumbangan kepada pelajar di sekolah terbabit, bantuan turut diagihkan kepada kalangan keluarga polis yang terbabit.

Dalam pada itu katanya empat pondok dan balai polis di beberapa daerah di negeri ini terjejas akibat banjir yang melanda pada 18 Dis lepas sehingga menyebabkan lebih 40,000 mangsa banjir di seluruh Terengganu berpindah dan ditempatkan di PPS.

Menurutnya balai terlibat ialah Balai Polis Kuala Jengai di Dungun, Balai Polis Manir dan Pondok Polis Tenang, Hulu Besut serta Balai Polis Trafik di Jertih. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings