the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRU: Siti Kasim antara calon terawal tiba di pusat penamaan

KUALA LUMPUR: Peguam dan aktivis sosial Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim antara bakal calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang tiba awal di kawasan pusat penamaan calon sebelum pusat berkenaan dibuka pada 8 pagi.

Dengan memakai aksesori kepala tradisional Orang Asli, Siti Kasim yang sebelum ini mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Batu di sini, tiba di pusat penamaan calon Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama, kira-kira 7.30 pagi bersama penyokong daripada kalangan masyarakat Orang Asli.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun bersama Isteri Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof tiba di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan pada kira-kira 7.45 pagi bagi penamaan calon untuk Parlimen Port Dickson.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga antara yang tiba awal di pusat penamaan calon Parlimen Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Perak dengan diiringi penyokong.

Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Dr Radzi Jidin yang akan bertanding di Parlimen Putrajaya bertemu penyokong di luar pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna, Kompleks Kejiranan Presint 9 di Putrajaya.

Datuk Seri Nancy Shukri, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen Santubong, Sarawak juga tiba awal di pusat penamaan calon bagi Parlimen itu di IKM Kuching bersama-sama kira-kira 700 penyokong.

Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang akan mempertahankan Parlimen Jerlun diarak kira-kira 100 penyokongnya ketika tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra, Kedah. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Riau Complex sets a new standard for employee living, supporting Asia Pacific Rayon’s workforce...

Asia Pacific Rayon highlights the Riau Complex as a model employee township, combining housing, education, healthcare and recreation within a self-sustaining community. The integrated development supports workforce wellbeing, talent retention and long-term industrial growth while fostering a strong multicultural environment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings