the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perhimpunan Agung Umno 2022: Jumlah penyertaan perwakilan dan pemerhati bertambah – Ahmad

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2022 yang berlangsung minggu hadapan, memerlihatkan jumlah perwakilan dan pemerhati yang bertambah apabila ia turut melibatkan ketua penerangan bahagian dan sayap parti, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan (gambar).

Beliau berkata ketua penerangan bahagian, wanita, pemuda dan puteri yang mahu dijadikan sebagai perwakilan secara automatik itu, supaya mereka dapat beri penjelasan kepada ahli Umno di kawasan masing-masing mengenai ucapan dasar presiden, perwakilan negeri dan sayap.

“Itu antara rasional kenapa ketua penerangan bahagian, wanita, pemuda dan puteri, akan menjadi automatik untuk perhimpunan agung seterusnya,” katanya pada sidang media berkenaan perhimpunan itu di sini hari ini.

Pada masa sama, Ahmad berkata pada perhimpunan pada Jumaat (13 Jan) dan Sabtu (14 Jan) akan dihadiri 2,648 perwakilan dan 174 pemerhati, yang merupakan ketua penerangan bahagian, menjadikan jumlahnya 2,822 orang.

Beliau berkata selain itu, perhimpunan Wanita Umno melibatkan 950 orang dan 167 ketua penerangan, sementara perhimpunan Pemuda Umno membabitkan 967 orang serta 179 ketua penerangan, manakala perhimpunan Puteri Umno pula 958 orang, 155 ketua penerangan.

Sebelum ini Ahmad dilaporkan berkata pindaan yang akan dibawa pada perhimpunan agung khas pada 13 Jan itu, antaranya melibatkan Fasal 20.11 yang menyebut seseorang ahli yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan pada pilihan raya, akan gugur keahlian dengan sendirinya, untuk disesuaikan dengan Akta Anti Lompat Parti.

Sementara perkara lain yang akan dipinda ialah Perlembagaan Umno supaya meletakkan ketua penerangan bahagian sebagai mereka yang automatik menjadi perwakilan dalam Perhimpunan Agung Umno setiap tahun, melibatkan pindaan pada Fasal 8.4.

Beliau berkata dengan pindaan berkenaan ketua penerangan bahagian akan secara automatik menjadi perwakilan untuk perhimpunan tahunan itu, manakala ketua penerangan bagi Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian juga secara automatik menjadi perwakilan kepada perhimpunan tahunan sayap.

Sementara itu dalam sidang media hari ini, Ahmad berkata Perhimpunan Agung Umno 2022 akan hanya tertumpu kepada ucapan dasar Presiden, yang mungkin akan menyentuh hal berkaitan pendidikan, agama, ekonomi politik dan antarabangsa.

Dalam pada itu, beliau berkata perbahasan perwakilan dalam perhimpunan kali ini sama ada disiarkan secara langsung atau rakaman akan diputuskan dalam Mesyuarat Bulanan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 5 Jan, sambil menjelaskan sebelum ini diadakan secara rakaman bagi menapis sebarang kandungan yang menyentuh sensitiviti.

Selain itu, Ahmad turut memaklumkan, perhimpunan agung Umno akan dimeriahkan semula dengan penyertaan 95 gerai yang akan beroperasi di tingkat dua Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini dari pagi hingga malam sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

Perhimpunan Agung Umno 2022 yang sebelum ini dijadualkan pada 21 hingga 24 Dis 2022, telah ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Jan 2023.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings