the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Op Ambang Tahun Baharu: 146 kenderaan disita, 2,016 saman dikeluarkan di P.Pinang

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menyita 146 kenderaan dan mengeluarkan 2,016 saman kerana pelbagai kesalahan sepanjang Op Ambang Tahun Baharu 2023 yang dijalankan bermula 30 Dis hingga 1 Jan lepas.

Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tindakan itu hasil daripada pemeriksaan ke atas 5,340 kenderaan sepanjang operasi tersebut yang melibatkan 1,294 pegawai dan anggota.

“Op Ambang Tahun 2023 memfokus kepada pencegahan jenayah samseng jalanan secara bersepadu bersama agensi lain dalam usaha memastikan Tahun Baharu tidak dicemari dengan kegiatan jenayah atau lumba haram.

“Hasil operasi itu sejumlah 2,016 saman dikeluarkan, 146 kenderaan disita dan tujuh orang ditahan membabitkan kesalahan antaranya memandu dalam keadaan mabuk, menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kesalahan dadah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya operasi dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar itu, juga bagi mengenal pasti pengguna jalan raya yang melanggar kesalahan dan menggunakan kenderaan diubah suai serta tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Mohd Shuhaily berkata dalam operasi itu pihaknya juga meningkatkan rondaan dan pemeriksaan di beberapa kawasan tumpuan pengunjung serta orang ramai dalam usaha mencegah jenayah.

Menurutnya sebanyak 61 premis pusat hiburan dan 6,427 individu turut diperiksa termasuk melakukan ujian saringan air kencing.

“Daripada jumlah itu, 71 orang ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan antaranya di bawah Akta Senjata Api 1971, Akta Racun, Akta Dadah Berbahaya, Akta Pertubuhan dan Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Katanya polis akan terus menjalankan operasi terutama dalam mencegah samseng jalanan dan mat rempit bagi memastikan keadaan di negeri ini kekal aman dan tenteram.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings