the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wee minta syarikat penerbangan tingkat frekuensi penerbangan menjelang PRU-15

AYER HITAM: Syarikat penerbangan di negara ini diminta meningkatkan frekuensi penerbangan masing-masing menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekali gus ia dilihat dapat mengawal harga jualan tiket.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (gambar) berkata pada masa sama, sekiranya perlu, waktu operasi lapangan terbang dan penerbangan juga boleh dilanjutkan hingga ke tengah malam.

Beliau berkata syarikat penerbangan juga perlu berlaku adil terutama terhadap golongan mahasiswa yang kebanyakannya memilih membeli tiket penerbangan pada harga murah.

“Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) perlu meningkatkan pemantauan harga tiket dan jadual penerbangan bagi membolehkan ramai rakyat dapat pulang mengundi.

“Saya akan minta mereka (MAVCOM) melihat kemudahan dan fasiliti yang ada dan gunakan sebaik mungkin. Bagi pengangkutan darat pula, saya memberi jaminan semuanya (pengangkutan darat) mencukupi sepanjang tempoh berkenaan (PRU15),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Hari Sukan Negara Daerah Batu Pahat dan pemberian Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) di sini hari ini.

Berkenaan BLKM, Wee yang juga penyandang kerusi Parlimen Ayer Hitam berkata setakat ini kira-kira 2,000 golongan B40 seluruh negara telah menerima manfaat inisiatif itu sejak dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 13 Mac lepas.

Menurut Wee antara kawasan paling banyak menerima manfaat BLKM adalah kawasan pedalaman Pahang, Sabah dan Sarawak manakala pada hari ini seramai 107 penduduk di Parlimen Ayer Hitam menerima manfaat berkenaan.

“Melalui program ini, golongan B40 mendapat bantuan untuk memiliki lesen kelas B2 yang sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Diharapkan golongan berkenaan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik sekali gus mampu meningkatkan taraf sosioekonomi dan mempertingkatkan momentum penciptaan peluang pekerjaan, yang akan turut memperkasakan pendapatan isi rumah Keluarga Malaysia,” kata beliau.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings