the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemboja rekod peningkatan tangkapan dan rampasan dadah pada 2022

PHNOM PENH: Kemboja mencatatkan peningkatan bilangan orang yang ditangkap kerana dadah serta jumlah dadah yang dirampas pada 2022, lapor Xinhua memetik laporan Jabatan Polis Antidadah (ADP) yang dikeluarkan pada Ahad.

Pihak berkuasa menahan 14,784 suspek berkaitan dadah tahun lepas, meningkat tujuh peratus berbanding 13,765 pada tahun sebelumnya dan 259 daripada tahanan tahun lepas terdiri warga asing dari sembilan negara.

“Sebanyak 14.5 tan pelbagai jenis dadah terlarang dirampas daripada mereka pada 2022,“ menurut laporan itu.

Pada 2021, hanya 4.43 tan dadah terlarang dirampas.

Dadah yang dirampas tahun lepas antara lain termasuk heroin, ekstasi, ketamin, kokain, kristal methamphetamine, pil methamphetamine dan cathinone.

Negara Asia Tenggara itu tidak melaksanakan hukuman mati ke atas pengedar dadah terlarang.

Mengikut undang-undangnya, mereka yang didapati bersalah mengedar lebih 80 gram dadah terlarang boleh dihukum penjara seumur hidup. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings