the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RM291.4 juta peruntukan untuk bomba naik taraf fasiliti, tambah aset

PUTRAJAYA: Kerajaan meluluskan peruntukan RM291.4 juta pada tahun ini bagi menaik taraf fasiliti serta menambah aset milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar).

“Peruntukan ini diluluskan Kementerian Kewangan khusus untuk memastikan khidmat kebombaan dan penyelamatan JBPM setanding dengan negara-negara maju,“ katanya ketika berucap merasmikan Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Pindaan 2021) di sini hari ini.

Menerusi peruntukan itu, JBPM akan menerima enam buah Fire and Rescue Boat (FRB) bernilai RM15.5 juta, lima jentera Urban Search and Rescue (RM7.5 juta) dan 150 unit Compact Fire Rescue Tender (CFRT) (RM145.8 juta) secara berperingkat.

Sebanyak RM49 juta diperuntukkan untuk pembangunan projek Command, Control, Communications, Computers and Intelligent (C4iFRDM) bagi mempertingkatkan sistem komunikasi kecemasan JBPM, manakala RM33.6 juta bagi menaik taraf Pejabat Pangkalan Udara (MOB) Bomba di Subang, Selangor, katanya.

Hampir RM40 juta disalurkan untuk pembangunan Fasa 3 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Terengganu yang meliputi pembangunan fasiliti latihan seperti Simulator Latihan Air Pantas, Kompleks Latihan Menyelamat Air, Kecemasan Lebuhraya dan Penyelamat Kemalangan Trafik serta Simulator Memadam.

Dalam sidang media selepas itu, Reezal Merican berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengemukakan senarai keperluan untuk Belanjawan 2023 dan berharap kerajaan akan memberikan peruntukan lebih tinggi untuk JBPM.

Pada 26 Ogos lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Okt.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings