the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ketua Hakim: Hakim perlu taat kepada perlembagaan, tegas dalam menjunjung undang-undang

PUTRAJAYA: Hakim-hakim perlu taat kepada Perlembagaan Persekutuan dan tegas dalam menjunjung kedaulatan undang-undang pada semua keadaan.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tun Mat berkata demikian dalam ucapannya pada Prosiding Rujukan yang diadakan hari ini bagi memperingati bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas.

Beliau berkata tahun 1988 akan selalu dikenang sebagai detik hitam dalam sejarah Badan Kehakiman Malaysia kerana kebebasannya yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, dikejutkan dengan pemecatan Tun Salleh selaku Ketua Hakim Negara.

“Ia mengakibatkan pergolakan dalam sistem kehakiman negara dan memberikan tamparan hebat kepada Badan Kehakiman dan Perlembagaan, katanya.

Tengku Maimon berkata episod 1988 seharus dijadikan satu pengajaran oleh hakim-hakim bahawa biarpun terdapat percubaan untuk menjejaskan kebebasan badan kehakiman, mereka dalam segala keadaan perlu taat kepada Perlembagaan Persekutuan dan tegas dalam menjunjung kedaulatan undang-undang.

Dalam memperingati Allahyarham Tun Salleh, Tengku Maimun berkata bekas Ketua Hakim Negara itu adalah seorang tokoh perundangan yang berani dan hebat kerana telah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan gigih mempertahankan kebebasan badan kehakiman hingga ke akhir hayatnya.

Beliau berkata Tun Salleh pernah berkata hakim-hakim patut mematuhi dan menghormati konsep pemisahan kuasa dan hakim-hakim tidak sepatutnya mencampuri domain eksekutif atau cawangan perundangan kerajaan.

Tengku Maimun berkata Tun Salleh dengan beraninya mempertahankan peranan badan kehakiman, telah memberitahu adalah peranan badan kehakiman untuk mentaksahkan sebarang tindakan eksekutif atau badan perundangan menggunakan perintah prerogatif atau pengisytiharan sekiranya mereka melampaui batas kuasa yang diberikan kepada mereka oleh Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata sepanjang Tun Salleh berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara, badan kehakiman Malaysia mendapat pujian sebagai contoh kepada negara lain dalam kebebasan kebolehpercayaan badan kehakiman.

Tujuh bulan sebelum kematian beliau, badan kehakiman menjemput Tun Salleh ke Istana Kehakiman untuk minum lewat petang bagi memperingati beliau yang menjadi satu rencana khas di dalam Buku Tahunan Kehakiman Malaysia.

“Dalam beberapa dekad sejak dipecat, beliau berkata tiada penutupan untuk beliau kerana tidak berpeluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kakitangan mahkamah, badan kehakiman dan golongan peguam. Petang itu berakhir dengan acara ringkas untuk mengucapkan selamat jalan kepada Tun Salleh.

Tidak disangka petang itu merupakan satu perpisahan dengan ucapan selamat tinggal terakhir kami kepada Tun Salleh,” katanya.

Prosiding Rujukan itu dipengerusikan Tengku Maimon yang hadir bersama Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan 39 ahli keluarga Allahyarham hadir pada prosisng perujukan, tradisi yang dianjurkan bagi memperingati anggota golongan peguam yang telah pergi.

Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Presiden Majlis Peguam Malaysia Karen Cheah dan cucu Allahyarham Nuralissa Norrazak juga menyampaikan ucapan sebagai penghormatan kepada arwah.

Tun Salleh yang berasal dari Kampung Raja, Besut di Terengganu meninggal dunia pada 16 Jan tahun lepas di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dua hari selepas disahkan positif Covid-19. Ketika itu beliau berusia 91 tahun.

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara di Mahkamah Persekutuan dari 1984 sebelum dipecat pada 1988 dan beliau mempertahankan kebebasan badan kehakiman ketika berlaku krisis perlembagaan semasa Tun Dr Mahathir Mohamed merupakan Perdana Menteri pada masa itu.

Kemudian beliau menyertai politik dan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Jertih, Terengganu dengan tiket PAS pada tahun 1999.

Selepas mengundurkan diri daripada politik beliau menjadi seorang peguam dan sering muncul di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The Third International Summit of Religious Leaders in Kuala Lumpur Calls for Youth Empowerment

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - The Third International Summit of Religious Leaders 2026 concluded in Kuala Lumpur with the participation of His Excellency Sheikh Dr. Mohammed bin Abdulkarim Al-Issa, Secretary-General of the Muslim World League and Chairman of the Organization of Muslim Scholars.

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings