the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemuka tuntutan palsu, bekas pengerusi PIBG antara tiga ditahan

SHAH ALAM: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM300,000 pada 2016.

Menurut sumber, perintah reman yang bermula hari ini sehingga Isnin depan (12 Sept) dikeluarkan Majistret Nor Azean Mohd Sohaini setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Shah Alam, hari ini.

“Ketiga-tiga suspek berusia 34 hingga 56 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor antara 9.00 hingga 9.45 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

“Mereka yang ditahan adalah kontraktor, pemilik syarikat pembekal bahan pembinaan serta bekas pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah di Selangor.

“Mereka dipercayai mengemukakan tuntutan yang mengandungi butiran palsu bernilai kira-kira RM300,000 kepada PIBG sekolah seorang daripada suspek bagi kerja pembinaan blok baharu di sekolah berkenaan sedangkan kerja tersebut tidak disempurnakan,“ katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings