the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemenangan ke atas Melaka buka peluang TFC bersaing di kelompok tiga teratas Liga Super

KUALA NERUS: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain menyifatkan kejayaan membenam Melaka United FC 5-0 malam tadi sebagai kemenangan paling berharga buat pasukannya.

Menurut Nafuzi susulan kemenangan itu, peluang skuad Penyu untuk bersaing di kelompok tiga teratas Liga Super kembali cerah selepas kini hanya dibezakan tiga mata dengan penghuni di tempat ketiga, Negeri Sembilan FC (NSFC) dan tujuh mata dengan Sabah FC yang berada di kedudukan kedua.

“Alhamdulilah tiga mata penting berjaya diraih untuk Terengganu kembali merapatkan kedudukan dengan dua pasukan di atas.

“Kemenangan ini bagus untuk menaikkan keyakinan pemain. Ini juga adalah kemenangan pertama saya ke atas Melaka United FC sejak menjadi jurulatih TFC pada 2019,“ katanya selepas perlawanan menentang Melaka United FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Justeru beliau mengingatkan anak buahnya supaya terus konsisten dan mengekalkan rentak kemenangan bagi menghadapi lima perlawanan terakhir Liga Super.

Dalam pada itu, Nafuzi turut memaklumkan bahawa penjaga gol utamanya, Rahadiazli Rahalim yang pengsan dan dikejarkan ke hospital selepas insiden pelanggaran dengan pemain lawan Harith Naem Jaineh di dalam kotak penalti, telah kembali sedar.

Bagaimanapun, keadaan sebenar beliau masih belum dapat dipastikan dan perlu menunggu laporan daripada pasukan perubatan.

“Saya belum boleh beritahu lebih lanjut kerana perlu menunggu perkembangan daripada pasukan perubatan. Tetapi saya berharap supaya beliau (Rahadiazli) dapat pulih dan bermain di perlawanan akhir Piala FA Sabtu depan,“ katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Melaka United, Asri Ninggal berkata ketiadaan pemain import menjadi faktor utama kekalahan pasukannya di tangan TFC malam tadi.

Malah katanya, pemain yang tidak mempamer prestasi sebenar menyebabkan mereka dihukum dengan kekalahan besar.

“Moral pemain Terengganu ketika ini juga sangat tinggi kerana bakal beraksi di perlawanan akhir Piala FA. Saya ucapkan syabas kepada skuad Penyu dan terima kekalahan ini dengan hati terbuka,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

The Work Project to open third London location at UK’s largest net zero office...

The Work Project will open its third London location at 105 Victoria Street, the UK's largest net zero office development, offering premium flexible workspaces and access to sustainability-focused amenities designed to support collaboration, wellbeing and business growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings